Friday 14 August 2015

CHAPTER 3

Assalamualaikum



Ujian Allah datangkan bukan untuk menyeksa hambanya. Allah Maha Mengetahui. " Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu cubaan sebagaimana halnya orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan dengan bermacam macam cubaan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya: Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." surah Al Baqarah ayat 214. Kau diuji kerana kau mampu. Percayalah Allah terlalu sayang kan kau. Kau rasa kadang kadang kau hendak menangis meraung bila diuji. Kau rasa kau lemah. Kau rasa kau tak mampu. Tetapi pernah tak kau terfikir Allah memandangmu sebagai orang yang kuat. Orang yang tabah menghadapi setiap ujiannya. Kau kena kuat. Kau harus tabah. Kau harus percaya akan ada orang yang menyokong kau di belakang. Kau beruntung kerana diuji. Ini bermaksud Allah memandang kau mengingati kau. Allah terlalu rindukan kau. Allah ingin kau merayu padanya. Tabahlah sayang. Ada hikmah disebalik setiap ujian tu. Kau orang yang hebat. Sangat hebat. Senyumlah sayang. Allah memandang kau. Kau beruntung. Sangat beruntung. Pernah tak kau terfikir orang yang tidak diuji tu sangat bernasib baik. Di mana ramai daripada golongan tu yang lalai dengan nikmat yang Allah bagi. Kau beruntung sebab Allah melindungi kau daripada lalai dengan nikmat dunia. Kalau kau rasa penat rehatlah. Kau rasa nak menangis menangislah. Mengadulah kepada Allah. Janganlah kau rasa ujian tu satu bebanan. Mungkin bukan mudah untuk kau. Tapi kau kena yakin yang kau mampu kau kuat untuk hadapi. Pertolongan Allah tu dekat sayang. Jangan kau sedih hati, Allah bersedia nak dengar luahan hati kau yang ikhlas. Kau beruntung sayang. Hadapi ujian dengan tabah dan senyumlah. Jika kau rasa berat akan ada orang yang akan bantu. Mohonlah pada Allah. Insya Allah. Semoga dipermudahkan sayang.

Wednesday 12 August 2015

CHAPTER 2

Assalamualaikum


Pernah tak kau dengar ayat Quran ada menyebut " Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" surah Al Baqarah ayat 216. Pernah tak kau mengeluh apa yang kau minta Allah tak tunaikan. Pernah tak apa yang kau benci selalu bersama kau. Pernah tak kau rasa Allah tu seolah olah tak adil buat kau. Pernah tak kau menyalahkan takdir. Pernah?. Ayat Quran tadi tu jelas dah menjawab semua pertanyaan kau. Kau pernah tak berfikir apa yang kau benci itu yang terbaik buat kau. Kau pernah tak berfikir apa yang kau suka tu sebenanrya racun buat kau. Allah tak kan menganiaya hamba dia. Mungkin pernah kau doa tapi doa kau tak makbul. Allah kan Maha Penyayang. Mungkin apa yang kau minta tu Allah ganti dengan lebih baik. Allah Maha Mengetahui. sedangkan kau tidak mengetahui. Semuanya atas ketentuan. Kau cuma pandai mengeluh pandai mengaduh dengan apa yang kau dapat. Kadang kadang sesuatu benda tu boleh jadi ujian untuk kau. Boleh juga jadi nikmat untuk kau. Baik buruk sesuatu benda seseorang itu Allah je yang tahu. Kau tak perlu bersedih sebab apa yang ditakdirkan untuk kau semua itu yang terbaik. Rezeki jodoh ajal maut semua Allah yang tentukan. Apa jua ketentuan tu kau kena reda sebab ada hikmah disebalik nya yang kau tak tahu. Muhasabah diri. Ingat !, seburuk buruk sesuatu boleh jadi sebaik baik sesuatu buat kau. Berhenti mengeluh. Teruskan bersyukur. Sekian.

Tuesday 11 August 2015

CHAPTER 1

Assalamualaikum.




Pernah tak kau rasa kau tak mampu? Melihat kejayaan orang membuatkan kau bahagia. Tapi tu cuma sekejap. Bila mana kau cuba bandingkan dengan diri kau yang tak seberapa. Kau sangat bercita cita tinggi. Niat kau murni. Tapi kau ada perasaan takut dimana kau rasa kau tak mampu untuk semua tu. Kau rasa macam nak menangis satu hari tanpa orang dengar tanpa orang lihat. Kau rasa kau masih jauh untuk capai goal kau tu. Kau kadang kadang rasa kau hebat kau boleh. Tapi akan ada satu masa kau rasa down sampai kau rasa give up sudah nak teruskan usaha tu. Kau penat. Kau rasa kau dah tiada harapan dah. Tapi actually kau patut buang jauh jauh rasa dalam diri kau tu. Kau kena yakin. Bukan over confidence maksud aku. Tapi kau kena yakin yang Allah tu sentiasa ada untuk hamba Dia. Sesungguhnya pertolongan Allah tu kan sangat dekat. Kau sekarang tinggal usaha usaha usaha walaupun kadang kadang kau penat kau give up kau kena bangun dan terus usaha. Kau doa. Kau tawakal. Insya Allah. Allah sentiasa pandang setiap perbuatan hamba dia. Kau kena yakin kena bersangka baik dengan pertolongan Allah. Kau juga kena sabar. Allah juga berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 153." Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan Allah dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang orang yang sabar". Ayat ni kau akan faham perkataan sabar dan solat. Kau tak perlu takut dengan pertolongan Allah. Allah tu Maha Adil. Allah akan tolong hambanya yang bersungguh tu. Kau kena yakin yang kau boleh. Kau ada akal untuk berfikir. Kau ada mata untuk melihat. Kau ada telinga untuk mendengar. Guna baik baik. Sekian.